KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua hasil karya yang dihasilkan oleh Usman Awang adalah yang terbaik daripada beliau. Beliau menggunakan semua pengetahuan dan pengalamannya dalam setiap karya yang dihasilkan. Beliau bijak menggabungkan idea dengan pengalaman dalam menghasilkan karya-karyanya. Tidak hairanlah jika karya-karya beliau sering menjadi rujukan para pelajar dalam membuat kajian tentang novel-novel mahupun cerpen. Beliau juga merupakan penulis yng berbakat besar sekaligus diiktiraf sebagai sasterawan negara. Segala jasa dan sumbangannya dalam bidang penulisan sastera telah banyak membuka mata pelbagai pihak mengenai dunia penulisan yang penuh dengan keseronokan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan juga rintangan.
Justeru, walaupun beliau telah meninggalkan kita, namun jasa dan sumbangannya dalam penghasilan karya-karya yang kreatif dan mantap ini akan terus diingat dan akan terus dijadikan sumber rujukan. Karya-karyanya akan terus dikembangkan dan diperkenalkan kepada generasi baru supaya tak lapuk dek panas,tak lekang dek hujan. Al-Fatihah buat Allahyarham..Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan golongan yang soleh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SINOPSIS NOVEL TULANG-TULANG BERSERAKAN

Sejarah hitam yang melanda Tanah Melayu pada bulan Jun 1948 telah menyebabkan perkembangan politik di antara pelbagai fahaman yang seterusnya membawa kepada pengisytiharan darurat seluruh negara. Ekoran daripada pengisytiharan di seluruh negara, pemerintah Inggeris telah mengambil kesempatan untuk terus menekan pemimpin-pemimpin politik yang progresif kerana beranggapan bahawa mereka membahayakan pemerintahannya.
Rentetan daripada peristiwa darurat, satu pasukan khusus untuk menentang tentera-tentera komunis di hutan-hutan telah dibentuk kebanyakkannya anggota polis yang baru tamat latihan di Depol, Johor Bahru dan pasukan ini dinamakan sebagai Jungle Squad (polis hutan). Antara tugas mereka ialah meronda di hutan belukar untuk menjejak saki-baki gerila komunis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

sumbangan Usman Awang

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.
Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang.
Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.
Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara.
Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air.
Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor.
Antara karya-karya terkenal beliau adalah :-
Novel : Tulang2 Berserakan
Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat , mulanya dia menjadi mata-mata, kenangan jauh, surat dari seorang mata-mata, koperal tua, menentang, dan lain-lain cerpen lagi.
Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.
Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi dan lain-lain.
Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.
Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

karya-karya yang dihasilkan

1)PUISI
·         Gelombang, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961, 96hlm. Diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
·         Puisi Baru Melayu 19az-1960 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Deawan Bahasa dan Pustaka, 1961, 266hlm
·         Himpunan Sajak (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1969, 139hlm
·         Sajak-sajak Melayu Baru/ Moden Malay Verse 1946-1961 (dwi bahasa) (antologi bersama) Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1969 (cetakan ke-4), 135hlm, (cetakan pertama 1963)
·         Suara Tujuh(antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Setia Murni, 1969, 74hlm; Kuala Lumpur (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPENA ,1975,57 hlm
·         Titian Zaman (Peny. Bersama Ismail Ahmad), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1979, 168hlm
·         Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631hlm
·         Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1979, 168hlm
·         Salam Benua: Greetings to The Continent (dwibahasa), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, 95hlm
·         Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, 303 hlm
·         Bintang Mengerdip(antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75hlm
·         100 Sajak Malaysia(antologi bersama) Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Sdn. Bhd., 1986, 141hlm
·         Bunga Gerimis(antologi bersama), Petaling Jaya: penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1986, 132hlm.
·         Puisirama Merdeka (antologi bersama). Kula Lumpur: PENA, 1986, 141hlm
·         Kumpulan Puisi Malaysia/ Malaysian Poetry 1975-1985(antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 167hlm
·         Puisi Baharu Malayu 1961-1986(antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941hlm
·         Malaysia Dalam Puisi(antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 192hlm
·         Cempaka(antologi bersama),, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 167hlm
·         Suara Rasa(Voice From Within) (antologi bersama, Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm
2) CERPEN
·         Cerita-cerita Pendek Dewan Bahasa dan Pustaka (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1958, 180hlm
·         Mekar dan Segar(antologi bersama), Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1960 (cetakan kedua), 160hlm, (cetakan pertama 1959)
·         Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963,191hlm
·         Degup Jantung, Kuala Lumpur:Pustaka Malayu Baru, 1963, 158hlm
·         Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn.Bhd, 1984, 339hlm
·         Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1985, 339hlm
3) NOVEL
·         Tulan-tulang Berserakan, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 224hlm. (Edisi Khas Sasterawan Negara), Kuala Lumpur: Dewan Bhasa dan Pustaka, 1992, 221hlm
4) DRAMA
·         Dari Bintang ke Bintang, Kuala Lumpur: Penerbitan Angkatan Baru, 1965, 163hlm
·         Serunai Malam, Kuala Lumpur: Penerbitan Puastaka Antara, 1966, 106hlm
·         Tamu di Bukit Kenny, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968, 133hlm
·         Di Bawah Matahari, Kluang: Puastaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1969, 76hlm
·         Tirai Zaman, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1969, 58hlm
·         Kaki Langit, Kuala Lumpur: Asiah Enterprise, 1971, 112hlm
·         Muzika Uda dan Dara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 64hlm
·         Tinta Pena(antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631hlm
·         Di Atas Pentas(antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd. , 1984, 209hlm
·         Hujan Malam (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 109hlm
·         Drama-drama Pilihan Usaman Awang (Edisi Khas Sasterawan Negara), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 331hlm
5)ESEI/KRITIKAN
·         Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama A. Samad Said), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Sdn. Bhd, 1963, 199hlm
·         Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1973, 548hlm
·         Panduan Menulis Cerpen (bersama Abu Bakar Hamid), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 49hlm
·         Esei Sastera ASAS 50(antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 216hlm
·         Usman Awang: Sikap dan Pemikiran (disusun oleh Dinsman dan Sutung Umar RS), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1983, 225hlm
6) WAWANCARA
·         Wawancara Sastera (disusun oleh A.M. Thani), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367hlm.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Biodata Usman Awang

Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencar i& menjual rotan  pada waktu  musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam  kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.
Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.
Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak  lama kemudian beliau  menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.
Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam  bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah  itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.
Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan  menganggur seketika.
Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.
Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

pengenalan

Assalamualaikum..

buat kali pertamanya kami menghasilkan blog untuk mengingati semula jasa dan sumbangan tokoh yang kami pilih iaitu Usman Awang. kami memilih beliau kerana beliau merupakan salah seorang sasterawan negara yang paling banyak berjasa dalam bidang penulisan ini. penglibatan beliau dalam bidang penulisan ini sememangnya amat dikagumi oleh semua orang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments